Monday, December 22, 2008

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

Sahabatmu tercinta


dari sahabat buat sahabat

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan

ana dapat dari seorang sahabat.renung2kan selamat beramal

Friday, December 12, 2008

ukhwah dalam tinta Kehidupan


salam pertemuan, salam bicara, dan salam muhasabah buat semua teman-teman seperjuangan. Kalam kututur menjelmakan di meja pena. Terkaku dan terbujur pemikiran setelah sekian lama, kugagahi jua melontarkannya.

alhamdullilah, lewat hari-hari yang dilalui, diharungi bersama teman diperdampingan. adakalanya ku terasa kosong menantikan kunjungan kalungan kasih sayang sahabat-sahabat perjuangan. ku belajar sesuatu, yang sangat berguna buatku. hasil hujanan kasih sayang sahabat-sahaat.

pernah dulu ku cuba memperbandingkan teman2 ku yang lama dengan kini. jauh bezanya. dulu kami seperti adik beradik yang saling menjaga. biar sekecil perkara ibarat bencana buat semua. kerana nilai kasih sayang yang digambarkan. Dan itu juga asbab membuatku terus untuk bersama dalam perjuangan ini. ku tidak pernah melontarkan pada sesiapa.

dan akhirnya kusedar, tiada apa yang perlu dibanding. kita akan disayangi bila mana kita yang memulaknyya. pengorbanan dan redha itu penting. disitu jawapan yang perlu kita corakkan. dandai putih yang kita pilih, maka putihlah corakknya. jika hita, maka hitamlah yang menekapnya.

kadg2 ku terfikir, disebabkan hanya masalah hati, gerak kerja menjadi sangat lemah. benarkah begitu? atau silap pada pandangan ku ini.mungkin ada jawapan yang lebih tepat padanya.
benarkah tiada penyelesainya? ATAU PENYELESAIANNYA ADA PADA IMAN YANG KITA BINA.....Tepuk dada tanya Iman

Friday, October 31, 2008

Melihat diri

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.


Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.


Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.


Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Thursday, October 30, 2008

MENGELUH-bolehkah ?

kadang2 hati ini mengeluh, berat betul ujian TUHAN padaku.
banyak betul dosa ini. boleh ka mengeluh?
macam tak bersyukur ja!

tapi tak diluah dalam hati, pada siapa lagi nak mengadu,

'TARBIYAH' , suatu perkataan yang jelas maknanya. pendidikan, atau didikan.
'Mendidik",apa ada pada didikan?
hati ini dididik faham tentang ISLAm,
tapi sayang kadang, nafsu melebihi tindakan,
sebab itu adakalanya ISLAM di kemudiankan.

faham ka?

mungkin tak faham,
sebab ini luahan hati aku ja.

sebab aku sedar adakalanya aku risau bila bercakap tentang ISLAM pada orang,
ye la takutnya yang bercakap ni yang lebih teruk daripada orng yang mendengar.

dan hakikatnya begitu.
sebab itu rasa takut sangta.
tapi ilmu walaupun satu ayat harus disampaikan.
tapi biarlah yang bermanfaat.
takutnya mana pulak dicedoknya ilmu tu, tanpa ada hujung pangkalnya lalu disampaikan.
berdosa kalau mencipta sesuatu yang bukan dari sumber yang sahih.

sebabnya, banayk guna logik,maka akal didahulukan melebihi sepatutnya.
teringat cerita seorang kakak kat sini, dia kata sebelum pg ke oversea, ramai student didedahkan awal mengenai suasana disana.
maka ramai alumni ( hebat kan-kira otai la tu) memberi nasihat supaya disana nanti kena la bersosial sikit, mcm bila diajak bersalam oleh lelaki, yang perempuan pun kena la salam bagi menjaga maruah, dan yang pentingnya nak memudahkan urusan kelak disana. yela pendatang kan kena la ikut adat disana. namapak logiknya, baguskan.

tapi bila dengar dia kata ada satu lagi group kata , taka ada msalah kalau tak bersalam, hakikanya orang disan lebih mengormati ISLAM itu sendiri jika kita sebagai orang ISLAM hormat apada ISLAM. dia kata kita hanaya perlu inform yang agama kita melarang bersalam lelaki perempaun tanpa lapik (lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

kan bagus tu, kita dapat jaga ISLAM hanya dengan cara kita yang mulakan dengan menghormati ISLAM
ye tak?
kalau salah tegur ya.

ops, dah masuk tajuk apa ni.
takpa saja isi ruang nampak kosong sangat.

berbalik pada cerita mula tadi.
bolehka mengeluh

pada aku biarlah keluahan kita itu adalah luahan hati seorang hamba pada PENCIPTANYA. Hakikatnya mengeluh kita itu hanya pada yang SATU.ertinya kita hanya bergantung pada ALLAH satunya yang memakbulkan permintaan hambanya.

itulah tarbiyah diri kita, bahawa kita yakin benar2 kesilapan kita atau kegagalan kita sebelum ini adalah kerana dosa kita, ALLAH memberi ujian itu supaya kita sedar, kita dah jauh dariNYA.Itu gunanya muhasabah dan mengeluh. bila kita rasa berat sangat ujian itu, itu menandakan kita banyak buat dosa sebelum ini, dan ALLAH nak bersihkan hati kita supaya sedar dan disampaikan melalui UJIANNYA.


selamat bermuhasabah

Friday, October 17, 2008


diriku bermonolog sendiri




alhamdulliah akhirnya dapat kupersembahkan sesuatu.doanya moga ia bakal menjadi medan dakwah dan tarbiyah buat diriku (khususnya) & semua.

aku tidak pandai berkata-kata,juga berbicara di hadapan semua.
ku hanya memiliki jari jemari yang inSYALLAH kudoakan ia mampu membawaku mendekatiNYA, dan mampu berkata-kata jujur buatku,bila menghadapnya.

sahabat,
tegurlah daku, andai jariku ini bisa mencoretkan sesuatu yang mencarikkan cebisan hati semua, ku tak mampu memenuhi semua, cuma kucuba sedayanya buat semua.

wslm

Tolong Promote


BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan ini Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk Disampingku kawan
Banyak ceritaYang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini punSeperti jadi saksi
Gembala kecilMenangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika dia kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di lautKukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombakKepada matahari
Tetapi semua diamTetapi semua bisu
Tinggal aku sendiriTerpaku menatap langit

Barangkali di sanaada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Itu tanda Tuhan murka
Melihat tingkah kitaYang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kitaCoba kita bertanya padaRumput yang bergoyang

Thursday, October 16, 2008

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM



Motto

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".
(Surah Al-Ahzab: ayat 21)

"Katakanlah: apakah kamu pernah Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".
"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".
(Surah Al-Kahfi: ayat 103-105)

Muqaddimah

Kecemerlangan (excellence) merupakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu, sama ada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan Allah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendek kata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki oleh seseorang, kumpulan atau organisasi. Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualisation membuktikan kewujudan diri). Ia mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.

Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor-faktor tersebut antara lain ialah:

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.

Allah berfirman
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati Allah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal: ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya

Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat sama ada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggung sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.
Allah berfirman:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ(19)الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ(20)

"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakmurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan Allah, hari akhirat dan mereka berjihad di jalan Allah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi Allah. Allah tidak memberi petunjuk terhadap kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka di sisi Allah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.

Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketerampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai keterampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara

b) keterampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa

Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; sama ada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) keterampilan moniver

Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baik

Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketakwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif

Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.

Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minimum untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem perkaderan yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pemimpin yang lebih bijak, lebih berketerampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufik dan inayah Allah

Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan

Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran umat setelah melalui sekian banyak Peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. Ia perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang:

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah
2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat
3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang muktabar
4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif), ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pesimistik dan faham sekularisme dalam amalan dan pemikiran
5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempurna dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah
6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memiliki ciri-ciri warathatun-Nubuwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif
7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam
8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang, sama ada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order
9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesempatan masa kini.
10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh Allah.
Semangat dan usaha menentang setiap yang bernama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksimum. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بغزو , ومات على شعبة من النفاق
"Barang siapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

ما ترك قوم الجهاد إلا عمهم الله بالعذاب
"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya Allah akan mengenakan mereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawapan praktikal daripada kita sekalian.

Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telah pun mencatatkan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh Allah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan rangsangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalkan sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh Allah:

"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat AlIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.
Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:
- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan syair gurindam.
-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan Allah dan meninggalkan tuntutan syahwat.
- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan fikiran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada Allah;

Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaatkan, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangan Semangat kecemerlangan memang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makhluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

Penutup

Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.

Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendekiawan dan ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemahan masing-masing. Barisan pendakwah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana Allah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-cita seperti yang diidam-idamkan.

Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.

Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tanah-tanah pusara dan tukang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak kenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika perjuangan bukan kerana Allah, nescaya hidup dan usaha mereka menjadi sia-sia

.Apa yang dikemukakan di sini ialah beberapa pandangan serta panduan ringkas ke arah mencapai kecemerlangan dalam gerakan kemahasiswaan yang ternyata masih mempunyai jalan yang berliku. Ranjau-ranjau penghalangnya pula masih wujud dari dalam dan luar. Justeru itu usaha GAMIS sebegini merupakan langkah yang perlu di dokong oleh seluruh mahasiswa Islam. Persatuan Ulama' Malaysia, melalui Sekretariat Pelajarnya yang telah ditubuhkan pula akan tetap bersedia membimbing, memberi panduan dan menunjuk-ajar, jika perlu, terhadap mana-mana perkara yang dikira sesuai. Hanya kepada Allah kita bertawakal serta berserah, innahu La haula wala quwwata illa biLlah.

Oleh:
Haji Abd. Ghani Haji Samsudin
Persatuan Ulama' Malaysia

Journey to Kuala Kangsar


Hari ini rasanya kali kedua aku menaiki bas lompat2 (tiket bayar atas bas). perjalanan ku bukan lah jauh sangat. tapi cukup memenatkan.4 jam walaupun jaraknya hanya anggaran 60 kilometer. mana tidaknya, dari parit buntar, aku terpaksa menaiki bas ke taiping. kemudia bertukar bas di taiping untuk ke kuala kangsar.

"sudah lama tidak naik bas", kata hati kecilku berbicara. kali terakhir naik bas lompat2 ni semasa di matrikulasi dulu. bila masuk U, huhu sekali pun tak pernah, sebab dah ada motor. bukan tidak besryukur sebab tidak mahu naik bas, tapi ramai sangat student perempuan waktu tu. bukan segan, tapi ye lah risau juga sebab bas slu juga penuh. jadi terpaksa berhimpit. dari berhimpit, lebih baik berjalan kaki.

dalam journey tu, mcm 2 perkara yang dapat diperolehi. walaupun seketika, tapi rupanya banyak pengajaran disebaliknya. bila kita berfikir sejenak, kita akan dapat rasa suatu pelajaran walaupun tidak ke kelas.

bermula bas yang pertama aku naiki, tidak lah penuh tapi perlahan je, ramai penumpang di sepanjang jalan yang naik. mula hatiku terdetik."macm ni sampai malam la jawabnya, apalah pakcik ni dah la slow,bnyak pulak orang diambilnya", keluar dari mulutku sesuatu yang tak sepatutnya.

"nak ke mana ni", tanya konduktor bas. aku ingatkan lelaki rupanya perempuan.gaya dan pakaiannya seperti lelaki."taiping", jawabku ringkas."5.30",beritahunya semula. aku berdoa YAALLAH semoga dia bakal temui dirinya yang sebnar. walaupun agak lincah, tapi masih punya perwatakan seorang perempuan.

dalam perjalanan ramai orng bangladesh naik bas. agak bising perbualan mereka. kad2 sehingga menggangu orang dalam bas. aku pula selamba ja. asal tak kacau aku sudah.

sampai ja kat taiping. aku tukar bas untuk ke kuala kangsar. nasib baik bas ada. akalu tak tido kat stesen la jawabnye.huhu.

sepajang perjalanan, bas laju, tak ramai orang.aku duduk di belakang sekali. lega sikit.tiba2 "nak kemana ni", tanya seorang konduktor bas india."ke kuala".'3.20 sen", bagitahunya. aku hulurkan 4.00."tak ada duit kecil ke?', tanya nya. "tak ada la, uncle ", jawabku. apalah naik bas tak ada duit kecil", marahnya.aik uncle ni marah2 plak. dah la naik bas kena bayar, kena marah pulak.aku dah cari2 memang tak ada 0.20 sen tu. nak buat mcm na.akhirnya dia beralah. yel ah takkan nak bayar 3.00 je.

kemudian sampai turn seorng bangladesh tu dia tak tahu harga berapa, jadi dia kata kuala dan diberinya 2.00 ringgit, belum sempat dia nak tahu harganya, uncle india tu kata, mana cukup, takkan nak suruh bapa awak dari nepal bayarkan."Uncle2,mana perginya layanan untuk customer",jawab hati kecilku. bukan susah punbagthu ja baki tak cukup lagi 1.20, tak perlu sampai hina orang. dia juga manusia, ada hati dan perasaan.

tiba2 bas berhenti. ada seorang naik. kelihatan seperti india. tapi kurang pasti. dia duduk sebelah ku, sambil hisap rokok, suara kecilnya keluar.aku sangka dia menyanyi, rupanya berzikir memuji ALLAh. Subhanallah walhamdullilahwalailahaillah.terus menerus sampai ke sampai satu tempat dia tekan loceng, untuk turun. YAALLAH aku berfikir sejenak, dari parit buntar,sabutir sikir pun aku tak sempat ucap, baru aku sedar, sebenarnya dalam asyik aku melihat suasana sekeliling, ucapan memuji ALLAh harus keluar.

alhamdullilah ALLAh hantar kepadaku, untuk menyedarkannku.Banyak peristiwa aku belajar, walaupun perjalannku ringkas. benar bahawa alam semesta dan perkara di sekeliling kita adalah guru yang paling hebat. disitu kita menilai, bukan terus menghukum.kita belajar memperbaiki diri dengan muhasabah diri. titik lencongan bakal jauh jika aku terus2 merasakan aku sentiasa betul selama ini. tidakk alah. tetapi muhasabah dalam kehidupan itu penting untuk kita tahu di mana kita ketika ini. semakin jauh atau dekat PADANYA.
#nukilan di malam hari

SEBELUM TERLENA


Kupersembahkan buat diriku sebuah lagu, tika mendengarnya, buatkan ku terduduk,jauh sebenarnya hati ini telah kucampakkan, sangat jauh, sehingga tak mampu ku tarik ia kembali semula,namun ku pasti DIA pasti menyerahkan kembali padaku, jika aku kejar kembali.YAALLH ku ingin kembali kepada MU sebagaimana ku hadir dan datng dari MU dulu.moga kau makbulkan permintaan kecil ku ini.


Sebelum Mata Terlena
Di Buaian Malam Gelita
Tafakurku Di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri

Yang Kerdil Lemah Dan Bersalut Dosa
Mampukah Ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai Ku Mencari Limpahan Hidayah Mu

Agar Terlerai Kesangsian Hati Ini
Sekadar Air Mata Tak MampuMembasuhi Dosa Ini
Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati Ini
Tuhan Beratnya Dosaku
Tak Daya Ku Pikul Sendiri

Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayang Mu
Yang Dapat Meringankan Hulurkan Maghfirah Mu
Andainya Esok Bukan Milikku Lagi
Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi

Sebelum Berangkat Pergi Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban IniYang Mencengkam Jiwa Dan Raga Ku
Selimuti Diriku
Dengan Sutra Kasih Sayang Mu
Agar Lena Nanti Ku Mimpikan
Syurga Yang Indah Abadi

Pabila Ku Terjaga
Dapat Lagi Kurasai
Betapa HarumnyaWangian Syurga Firdausi.. Oh Ilahi

Di Sepertiga Malam
Sujudku Menghambakan Diri
Akan Ku Teruskan Pengabdianku Pada Mu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails