Sunday, November 15, 2009

HAri anugerah kecemerlangan buat ibu dan ayah PASTI parit buntar 2009


Kelmarin, tanggal 14 Nov 2009, Satu Majlis konvokesyen Adik2 PASTI KAWASAN PARIT BUNTAR telah selamat berlangsung. amjlis simple tapi sangat meriah dengan alunan sajak dan nasyid oleh adik2 yang bakal graduate. Jernis muka soran
g2 aku tgk. bakal hafiz, dan hafizah yang profesional bakal dilahirkan dari sini. Insyallah

Menginginkan anak2 yang berteraskan alquran dalam didikan, amat diimpikan oleh setiap ibu bapa. Didkan akhlak, sahsiah dan akdemik adalah modul yang diterapkan pada anak2 ini.

Sabda rasullulah : kelak bila meninggal seorang muslim itu, mka terputuslah segalnya dengan dunia ini, kecuali 3 perkara,

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Sedekah Jariah
3. Doa Anak yang soleh/ah

maka tunggu apa, lagi terapkan nilai akhlak islam dalama diri anak2. Moga anak anak yang kita lahirkan ini bisa mengubah dunia dengan diterapkan dengan nilai ISLam yang sempurna.

Insyallah

pst : ni anak sapa yang baik ni...


Ayat-ayat cinta dari Allah



Kupetik dari seorang sahabat

Assalammualaikum…

Alhamdulillah,dalam kesempitan waktu yang menghambat,ku gagahi jua jari jemari ini utk mencoretkan sesuatu dalam blog ini,sudah agak lama niat ku utk mengupdate blog ni,tapi atas kekangan dan halangan yg x di duga niatku ini melayang begitu sahaja,ditiup oleh angin kesibukan…addeeei.tahniah kpd sahabat2 blogger yang terus istiqamah menitipkan tinta dakwah dlm blog masing2..sesungguhnya atas kesungguhan kalian dlm menyebarkan dakwah dlm blog dpt menaikkan semangatku utk berbuat sama..

Sudah lumrah kpd yang bergelar pelajar,tambahan lagi kpd mereka yang telah berikrar utk mewaqafkan diri mendaulatkan ISLAM..Kita telah dihambat dgn seribu kewajipan,samada diduga ataupun tidak..pelbagai kewajipan perlu kita tunaikan utk diri,usrah,rakan sekuliah,persatuan,jemaah,tarbiyyah,akademik dan bermacam lagi..sume ini menuntut tahap pengorbanan yang amat tinggi,tanpa kerelaan atau kesanggupan utk menggadaikan kepentingan diri,sudah tentu kita x dpt menunaikan sume taklifan ini…adakalanya kita as daie fillah diuji dgn perasaan yg berbolak balik,kekadang mmg x dpt dinafikan kita terpedaya dgn bisikan dan hasutan syaitan,yg sentiasa menghasut jiwa2 yg ikhlas berjuang demi ISLAM,begitulah yg terjadi kpd diriku yg lemah ini..

Terkadang,di kala diri ini keseorangan,mulalah ku berfikir yg bukan2,terfikir aku x layak,lemah,bnyak buat kesilapan,nak tarik diri dan berundur dr landasan ini..tetapi segala perasaan ini lenyap ketika mana aku bertemu semula dgn sahabat2 seperjuangan,saat2 manis bersama kalian dpt mengembalikan semula semangatku..shukran ya sahabati,mungkin inilah hikmahnya hidup dalam jemaah,saling memperkuatkan antara satu sama lain…alhamdulillah

Ayyuhal ikhwah,

Sedarkah kita,betapa Allah amat mengasihi hamba2NYA yang ikhlas berjuang menegakkan agamaNYA…Allah sama sekali x akan membiarkan hamba2NYA begitu sahaja…6666 ayat2 cintaNYA telah dicatatkan dalam kitab suci sepanjang zaman iaitu AL-QURAN..adakah kita as daie selalu menatapnya????

Dalam Al-quran tercatat pelbagai macam kisah yang boleh mengubati keresahan dan rasa gundah gulana,marilah kita meluahkan rasa sedih dan duka kita dgn menatap ayat2 cinta dari Allah…Ayat2 cinta ini dapat mengubat dan membuahkan ketenangan ke dalam hati kita…Disini ku kongsikan beberapa persoalan yang sering berlegar dalam fikiran kita..moga sedikit sebnyak dapat memulihkan semangat sahibuddakwah sekalian..

kita bertanya,Al-quran menjawab..

1. kenapakah aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?

“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..(Al-baqarah:216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?

“janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”..(Al-imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?

”Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”..( Ali-imran:200)

” dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk”…(Al-baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka”…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?

”Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal”…(At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!

”…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”…( Yusuf: 12)

–moga ayat2 cinta dari pencipta seluruh alam ini menjadi penawar duka dan resah buat seluruh pejuang ISLAM,sama-samalah kita mentaddabbur ayat-ayat cinta dariNYA supaya ruh perjuangan ISLAM x bisa luntur dari jiwa-jiwa setiap ansarullah…takbir!!!!

Kupetik dari seorang sahabat





Assalammualaikum…

Alhamdulillah,dalam kesempitan waktu yang menghambat,ku gagahi jua jari jemari ini utk mencoretkan sesuatu dalam blog ini,sudah agak lama niat ku utk mengupdate blog ni,tapi atas kekangan dan halangan yg x di duga niatku ini melayang begitu sahaja,ditiup oleh angin kesibukan…addeeei.tahniah kpd sahabat2 blogger yang terus istiqamah menitipkan tinta dakwah dlm blog masing2..sesungguhnya atas kesungguhan kalian dlm menyebarkan dakwah dlm blog dpt menaikkan semangatku utk berbuat sama..

Sudah lumrah kpd yang bergelar pelajar,tambahan lagi kpd mereka yang telah berikrar utk mewaqafkan diri mendaulatkan ISLAM..Kita telah dihambat dgn seribu kewajipan,samada diduga ataupun tidak..pelbagai kewajipan perlu kita tunaikan utk diri,usrah,rakan sekuliah,persatuan,jemaah,tarbiyyah,akademik dan bermacam lagi..sume ini menuntut tahap pengorbanan yang amat tinggi,tanpa kerelaan atau kesanggupan utk menggadaikan kepentingan diri,sudah tentu kita x dpt menunaikan sume taklifan ini…adakalanya kita as daie fillah diuji dgn perasaan yg berbolak balik,kekadang mmg x dpt dinafikan kita terpedaya dgn bisikan dan hasutan syaitan,yg sentiasa menghasut jiwa2 yg ikhlas berjuang demi ISLAM,begitulah yg terjadi kpd diriku yg lemah ini..

Terkadang,di kala diri ini keseorangan,mulalah ku berfikir yg bukan2,terfikir aku x layak,lemah,bnyak buat kesilapan,nak tarik diri dan berundur dr landasan ini..tetapi segala perasaan ini lenyap ketika mana aku bertemu semula dgn sahabat2 seperjuangan,saat2 manis bersama kalian dpt mengembalikan semula semangatku..shukran ya sahabati,mungkin inilah hikmahnya hidup dalam jemaah,saling memperkuatkan antara satu sama lain…alhamdulillah



Ayyuhal ikhwah,

Sedarkah kita,betapa Allah amat mengasihi hamba2NYA yang ikhlas berjuang menegakkan agamaNYA…Allah sama sekali x akan membiarkan hamba2NYA begitu sahaja…6666 ayat2 cintaNYA telah dicatatkan dalam kitab suci sepanjang zaman iaitu AL-QURAN..adakah kita as daie selalu menatapnya????

Dalam Al-quran tercatat pelbagai macam kisah yang boleh mengubati keresahan dan rasa gundah gulana,marilah kita meluahkan rasa sedih dan duka kita dgn menatap ayat2 cinta dari Allah…Ayat2 cinta ini dapat mengubat dan membuahkan ketenangan ke dalam hati kita…Disini ku kongsikan beberapa persoalan yang sering berlegar dalam fikiran kita..moga sedikit sebnyak dapat memulihkan semangat sahibuddakwah sekalian..

kita bertanya,Al-quran menjawab..

1. kenapakah aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?

“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..(Al-baqarah:216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?

“janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”..(Al-imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?

”Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”..( Ali-imran:200)

” dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk”…(Al-baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka”…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?

”Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal”…(At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!

”…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”…( Yusuf: 12)

–moga ayat2 cinta dari pencipta seluruh alam ini menjadi penawar duka dan resah buat seluruh pejuang ISLAM,sama-samalah kita mentaddabbur ayat-ayat cinta dariNYA supaya ruh perjuangan ISLAM x bisa luntur dari jiwa-jiwa setiap ansarullah…takbir!!!!

Saturday, November 14, 2009

PASTI PARIT BUNTAR ANJUR KEM SOLAT





Adapted from CINAISLAM.blogspot

PARIT BUNTAR , 10 Nov. : Pendedahan bersolat kepada anak-anak mesti bermula dari kecil. Justeru itu, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Parit Buntar telah menganjurkan Kem Motivasi Solat kepada pelajar PASTI Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Menurut Pengarah PASTI Parit Buntar Mohd Amirul Hasni, program ini disertai oleh hampir 200 orang pelajar PASTI Kawasan Parit Buntar.

Fokus utama Kem Solat ialah wudhuk dan rukun solat. Tumpuan diberikan kepada Niat Solat, Surah Al-Fatihah dan Tahiyat Akhir di samping amali perlaksanaan Rukun-rukun Fi'li.

“ Kem ini lebih menekankan kepada praktikal solat memandangkan ramai pelajar PASTI yang boleh menguasai membaca rumi dan bacaan-bacaan solat di dalam Bahasa Arab”katanya

Beliau berharap pelajar PASTI mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, menghormati orang tua, bersopan dalam berkata-kata dan berakhlak mulia.

“ Tidak dapat dinafikan, belajar solat adalah satu proses dan tidak mampu dicapai hanya dalam masa beberapa jam. Namun, sekurang-kurangnya peserta dapat memperbetulkan apa-apa yang kesalahan yang dilakukan di dalam solat sebelum ini” katanya





Wednesday, November 11, 2009

Sesekali Diuji...(link)

salam,
kian lama mencari bait2 lagu seperti ini yang bisa membuat diri kian rasa hamba padaNYA....

"SESEKALI DIUJI"
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Monday, October 5, 2009

Jalan jauh kesana

Jalan jauh kesana

Berjalan, berlari dan berhenti,
memandang ke depan,belakang, kanan dan ke kiri,
di suatu sudut, liku-liku penuh berduri,
dan di suatu sudut pula jalannya mudah umpama terbentangnya pelang pagi...

berjalan, berlari dan berhenti,
tika ujian datang menghampiri,
kau berlari meninggalkan aku seorang diri,
terkapai-kapai mencari sebuah harga diri
namun kesudahannya hilang budi pekerti.

berjalan, berlari dan berhenti,
tika tarbiyah menyusun langkah,
kau pekik, sambutlah tanganku, kita terus berharaki,
namu sayang, larianmu tersangkut di jaring bersegi,
aku pula hanyut dibawa arus menyelusuri duniawi.

berjalan, berlari dan berhenti,
kuberhenti di tepi bukit yang memuncak tinggi,
menggapai awan yang dingin sekali,
sekali kutarik, semakin menjauhi,
rupanya itulah jalan yang pasti kutemui,
kerna itulah jalan jauh kesana yang penuh beerti.

coretan di petang hari
tenang-tenang bahasa angin

dulu dan kini

Perjalanan dulu, kini tidak sama,
dulu,
seperti keanak-anakkan memerlukan jamai'e,
kini,
semuanya dicatur secara nafsi-nafsi.

dulu,
gurau ketawa mengisi perjuangan,
kini,
semuanya memerlukan keseriusan kepada sebuah pengorbanan.

dulu,
salahnya bisa ditegur, dibetul secara berlapang dada,
kini,
diluah mati emak, ditelan mati bapak, tiada yang bisa beralah,

dulu,
bila sunyi teman menemani,
kini,
bila rindu umpama, nelayan mencari mata sauh,

dulu, kini,banyak bezanya...
yang pasti keduanya sama..
landasan yang dibina berdasarkan kekuatan aqidah.


coretan pagi hari hari...
tenang-tenang bahasa angin....

Potret

Potret hari ini sentiasa membuka seribu satu makna,
mengukir, melukis dan melakar, mencerminkan susasana sebenar,

sebuah Potret yang penuh dengan landskap kehidupan,
mencakir, melorek dan mengissi sebuah perjalanan,

teringat ku pada cerita rimba suatu ketika dulu,
mengukir semua memori mengamit perasaan.

sebuah realiti sebenar, digambarkan dalam potret cerita rimba,
ditafsir, baru ku terima jawan sebenar,

maaf bukan untuk berdendam, tapi cuma sifatku yang suka memendam,
bukan ku tak bisa memberi peluanagan, cuma disia-siakan makanan yang terhidang.

buat diriku, perjalananan masih jauh, jauh tak tahu dimana penghujungnya.
sejuk hujan dipagi ini, sejuknya terserlah pada selimut yang menebal melingkar diri..

mencari butir-butir pasir yang diharapkan, tapi umpama buih-buih dilautan..
baru kusedar, mengapa perlu lemah, kerna kau insan cipataan tuhan yang maha AMANAH,
menciptakan makhluknya dengan seribu fadhilat, sejuta manfaat..
cuma makhluknya ini tidak bisa bersyukur,
mencarik liku-liku perjalanan seperti sebuah bala, sedangkan ia rahmat tuhan untuk menguju HAMBANNYA.

kembalilah kepada fitrah...

coretan di pagi hari
tenang-tenag bahasa angin....

berjalan, melihat dan menafsir...

berjalan, melihat dan menafsir. hikmah kembara yang sangat bermakna.
tapi harus dingat, menafsir bukan terus menghukum. diinilai bukan terus memandai.mencontohi bukan terus mmencerobohi.

berjalan, melihat dan menafsir..persoalan demi persoalan dirungkai,
jawapan belum pasti ditemui. namun kekusutan itu harus dilerai,
bagaimana?kenapa dan bila?
Wallahuallam (hanya Allah yang bisa menetukannya)

berjalan, melihat dan menafsir,
luas permandangan, terbuka pemikiran, tapi harus ditapis agar sentiasa dsempadani syariat, kerna nafsu kian bermaharajalela di pembaringan.

berjalan, melihat dan menafsir,
aku adalah aku, mencari yan maha Satu,
kdg2 aku berasa lesu dan jemu kerna dunia ini penuh berliku,
namum itulah hakikat dunia, mengajar erti menuju yang ESA.

berjalan, melihat dan berfikir,
kdg2 ada sahabat dikanan, kiri, depan dan belakang, kadang jauh darin gengaman yang mencengkam, meresah tida guna, mengeluh tanpa seribu kata,dimana aku sebnarnya..

berjalan, melihat dan menafsir...
kelesuan ini kudambakan kasih mu yaTUHAn
kala aku kebingungan , KAU sambut dengan lambaian kasih sayang,
Andai kutahu bila temuku hanya untuk mU kelak, pasti ke berlari mengejar haran yang tinggi itu.

semoga berjalan, melihat dan menafsir ku itu suatu pengalaman yang bermakana dalam mencari redhaMU..

coretan di pagi hari...
tenang-tenang bahasa angin...

Sunday, September 27, 2009

Suasana Rumah Terbuka PAS LENGGONG

Assalmualaikum wbt. Alahuakbar3x walillahilham. syukur kehadrat Allah swt. Pertemuan maya bertaut kembali. Kembali dari fitrah insani , syukur diberi kesempatan meraikan hari kemenangan.

Alhamdullilah pada raya ke 3 eidul fitri, keluarga besar Allahyarham (arwah atuk) Haji Zakaria bin Awang Kechil selamat diadakan di perkarangan kedai makan Cik Ing (APnggilan untuk PAk cik BAderin) bersempadan dengan sungai perak. Alhamdullilah kehadiran cukup rama, menggamit susana istimewa buat warga Lenggong.

dari yang kecil sehingga yang tua, semua bertandang dengan wajah ceria.Allahuakbar maha suci Allah . Di sini tribute buat petugas PAS lenggong yang bertungkius lumus menjayakan majlis tersebut. Buat pak tih Man (Haji razman - YDP Pas Lenggong),saya sentiasa dibelakang meyokong dan mendokong gerak kerja dan perjunangn Islam terutamanya di lenggong. ku yakini, insyallah (dengan keizinan Allah), bumi lenggong bakal disnari suasa Islam yang ditunggu sekian lama. buat semua petugas, pimpinan dan ajk pas lenggong, teruskan istiqamah dalam perjunngan, kerna ISLAM pasti dijulang dan janji ALLAH pasti befrlaku.












suasana malam sebelum majlis.tribute buat petugas pas lenggong

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan YA Ramadhan - MerinduiMU



-Allah SWT mungkin memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan kepada kita untuk mengajarkan hikmah kepada kita.
-Mungkin, kegagalan, masalah, dan lingkungan yang tidak menyenangkan adalah sebagian dari senario Allah SWT dalam membina diri kita.
-Allah SWT memerintahkan kita untuk mau berpikir tentang penciptaan-Nya yang begitu menakjubkan, rumit, dan kompleks. Namun semua itu telah Allah SWT tundukan untuk kita. Ini sebagai tanda bahwa manusia memiliki kemampuan (dari Allah) untuk menundukan apa yang ada di langit dan di bumi.
-Jangan takut menambah saingan dengan membina orang lain, rezeki Allah begitu melimpah di bumi ini. Dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya bahkan hewan melata sekalipun.
-Sedetik waktu terlewat, tidak akan pernah bisa kembali. Maka jangan sia-siakan waktu yang kita miliki.

Al Islam Yak'lu Wala Yuk'la Alaik




Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya....
Umat Islam itu tinggi dan mulia jika berpegang dan berpaut dengan ISLAM, tapi hina dan rendah bila melepaskan ikatan yang kukuh ini...

teringat aku lagu the zikr..dunia baru islam...
syahdu dan menyentuh hati.kadang2 terfikir aku, layakkah aku untuk ISLAM dengan kepribadianku ini dan ibdah yang tidak seberapa ini dengan nikmat yang paling BESAR yang ALLAH berikan...walaupun aku ISLAM baka. moga HIdayahMU menjadi bekalanku di sana....

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Saturday, August 15, 2009

Hatiku ku berbisik lagi....

Ya Tuhanku.. Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini, Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan.. Layakkah aku dalam rahmat-Mu..dibawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu, Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.. Wahai Tuhanku..ku merayu dimalam hari, Menagih ampunan dan kasih sayangMu. Wahai Tuhanku,,rayuanku..terimalah daku kembali.. Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu.. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasihsayangMu Ya Rabbi.. Ya Allah..dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik dimalam yang hening.. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar.. Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu.. Wahai Tuhanku..pencipta kasihsayang.. Yang memiliki setiap hati..Kasih sayang yang luhur buat hambaMu. Ya Rahman..Ya Rahim, kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cintaMU Ya Rahman.. Rayuanku,,janganlah kasih yang setitis didalam hati ini.. Melalaikan daku dari mengingatiMU.. pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...

Permulaan sebuah tarbiyah indah

Permintaan dari hati kecil Ku...

YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI! AJARKANLAH KAMI APA YANG KAMI JAHIL, INGATKANLAH KAMI APA YANG KAMI LUPA, TUNJUKKANLAH KAMI JALAN-JALAN YANG SELAMAT, LEPASKANLAH KAMI DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA, JAUHKANLAH KAMI SEGALA KEKEJIAN SAMA ADA NYATA DARIPADANYA MAHUPUN YANG TERSEMBUNYI…

YA ALLAH, KAYAKANLAH KAMI DENGAN ILMU PENGETAHUAN DAN HIASILAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT DAN MULIAKANLAH KAMI DENGAN TAQWA DAN CANTIKKANLAH KAMI DENGAN KESIHATAN…
YA ALLAH, JAUHILAH KAMI DARI KEBINGUNGAN, MULIAKANLAH KAMI DENGAN CAHAYA ILMU DAN PENGERTIAN, BUKAKANLAH KEPADAKU MAKRIFAH-MU DAN MUDAHKANLAH BAGIKU PINTU-PINTU KURNIA-MU..

WAHAI TUHAN YANG PALING PENGASIH
DI ANTARA YANG PALING PENGASIH.
AMIN..AMIN.. YA RABBAL ALAMIN..

Sekuntum Bunga Kemboja Yang Gugur



Biar luput dari pandangan
Tidak pupus di dalam ingatan
Kehilangan sebutir bintang di persada seni
Menjadi kenangan

Terukir senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Air mata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini

Sekuntum kemboja yang gugur
Menemani dikau di pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hingga kini tiada pengganti…

Semoga rohnya dirahmati dan terpelihara bersama insan dan makhluk yang dicintai dan diredaha ALLAH..Alfatihah

Ya Allah, seandainya ditakdirkan aku jua menemuiMU kelak, Tetapkanlah hatiku untuk Mati sebagai seorang suhada' MU..perkenankanlahpermintaan hambaMu yang kerdil dan hina ini

wslm

TARBIYAH YANG INDAH

Elemen Penting Dalam Tarbiyah  

1) Tarbiyah Ruhiyyah
Iaitu mendidik ahli supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan kelazatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari kekuatan hati melaluinya. Juga untuk mempertingkatkan muhasabah dan muraqabah sebagai paksi kepada gerak kerja yang baik, menanamkan kesabaran yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat jihad dan bercita-cita untuk syahid.

2) Tarbiyah Thaqafiyyah
Menanamkan budaya membaca (tidak dihadkan kepada buku-buku haraki sahaja tetapi meluaskan skop bahan bacaan), berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuwan, menghadiri persidangan-persidangan dan seminar-seminar akademik dan sosial, membudayakan perbincangan di kalangan ahli dengan tidak menunggu hanya pada waktu usrah atau tamrin sahaja supaya ahli mempunyai daya intelektual yang tinggi dan berpengetahuan am yang luas.

3) Tarbiyah Harakiyyah
Melengkapkan ahli dengan ilmu teknik-teknik pengurusan moden, di samping konsep-konsep dan adab-adab berjemaah yang lain.

4) Tarbiyyah Siasiyyah
Meningkatkan pengetahuan dan pembacaan politik mengenai perkembangan politik tempatan dan antarabangsa, di samping memahami konsep dan falsafah khilafah Islamiyyah dan kepimpinan ulama' yang lebih mendalam dan praktikal kepada dunia semasa. 

5) Tarbiyyah Kendiri (Self-Development)

Mengenalpasti dan mengembangkan potensi individu-individu ahli yang matang dalam sikap, tindakan dan keputusan, berfikiran kreatif, kritikal, analitikal dan terbuka, bermotivasi tinggi, berakhlak baik dan terpuji, bersikap berani, berkeyakinan diri dan 'adaptable' dalam semua suasana.
 
6) Tarbiyyah Badaniyyah (Jasmani)
Melatih ahli memberi perhatian kepada kesihatan badan, mempunyai kecergasan dan stamina yang tinggi, menjalani latihan fizikal untuk membentuk generasi yang tahan lasak dan bersedia menghadapi usaha-usaha musuh yang mungkin menggunakan kekerasan.

7) Tarbiyyah Kekeluargaan Islam
Mendidik ahli dalam memilih calon pasangan hidup yang selari dengan kriteria yang dikehendaki oleh Islam dan berpengetahuan mengenai pembentukan dan amalan-amalan keluarga Islam.

sajak seorang kekasih

Seandainya kau tangisi kematian ku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematian ku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merinduku
Taman2 di syurga bangga menerimaku
Burang2berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruh ku terbang mendapatkan rinduNYa
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar

syed qutb

Friday, August 14, 2009

aku bangga mempunyai kalian dalam hidupku


Ayah dan Emak : Maafkan anakanda kerana banyak kali melukakan hati kalian.


adik-adik ku: jadilah serikandi yang biasa terbang untuk ISlam tercinta



kakakku; jadilah ibu dan isteri yang sentiasa menetapkan keimanan sentisa dihadapamu.








buat abang-abangku: aku bangga menjadi adikmu

aku bangga mempunyai kalian dlam hidupku..walaupun bnyak karenah, kalian sentisa menyokongku..perjuangan ini takkan sunyi dengan adanyanya kalian...syukran

Hidayahmu...hijjaz



Ya Allah, indahnya hidayahMU....pimpinlah hati ini untuk ku menghayati petunjukmu...
kumenulis dari hatiku, doaku moga kekal di jalanMu, terlalu banyak lompang dalam liku-liku hidupku, belum ku tebus, belum kutampung dan belum kutampal....ya ALLAH, JIKA eNGKAU TAKDIRKAN AKU pERGI mENEMUIMU, TEMUKANLAH KITA SEBAGAI SEORANG KEKASIH YANG DIRINDU...Aku tak layak untuk semua itu...tapi impianku hanya PAdaMU...

Thursday, June 11, 2009

Kemuliaan Al Quran


04 Kemuliaan Al Quran - Inteam - Artis IRSB



اللهاومم زايييننا
بيزيناتيل قرءان
وااك ريمنا يا الله
بيكرحمهتيل قرءان


Hiasilah diri kami
Dengan keindahan Al-Quran
Kurniakanlah Ya Allah
Kami semua dengan kemuliaanNya

Kurniakanlah keberkatan kalam Mu Ya Allah
Agar menjadi pegangan kami di dunia ini
Dan menerangi dari kegelapan pusara yang sepi
Jua pembela kami di akhirat kelak nanti

Berilah kami kefahaman membacanya
Dan berilah kami kekuatan mengamalkannya
Perkenankanlah doa kami Ya Allah
ايستاجيب دوا انا يا الله

Wednesday, April 22, 2009

Memori Itu- zulfan

tiap bertemu kan berpisah
yg awal ada akhirnya
itulah lumrah dunia ketetapan dari yg esa
kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
tidak dipisahkan dari rahmat pencipta

sebuah memori yg tersingkap kembali
kisah pertemuan kali pertama
didalam taman yg mengajar kita
erti kehidupan penuh pancaroba

disini kita berjanji setia
berjuang menongkah awanan cita
menanti jernih hujanan kejayaan
berkat dari usaha doa tulus pada nya

tutur kata guru bagaikan azimat
sering mendidik jiwa yg lemah ini
ungkapan hikmah mu tggi nilainya
dan menjadi bekalan kami di hari muka

ooo....oh temanku
masihkah kau ingat
susah senang hadapi bersama
pahit manis kita rasainya
demi harapn kedua ibu bapa

senda gurau senyum tangis sendu
masih lagi segar di ingatan
rindu hati ingin bersmuka
setelah kita berpisah sekian lama

ku panjatkan doa agar di pertemukan
kerana kudrat mu tiada batasan
bertemu berpisah hanya kerana allah
ukhuwah yg terbina anugerah darinya

Saturday, April 18, 2009

Wudhuk Pembersih Zahir Batin

Sumber : www.iluvislam.com

SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.

Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat
dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."

Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.

Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.

Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.

Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.

wuduk

Sunday, March 15, 2009

Persahabatan : Nilai Keizzahan Perjuangan

Persahabatan : Nilai Keizzahan Perjuangan

Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah pula bersulam rasa kasih dan cinta kerana Allah swt.

Persahabatan inilah menjalin tenaga dan menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah .

Sendi utama persahabatan ini ialah ghayah dan hadaf yang bersatu di atas prinsip amal Islami biarpun mungkin berbeza approach dalam melaksana atau merealisasikannya .

Jamaah menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam .

Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini . Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak " perang dingin " sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota .

Justeru itulah , persahabatan menjadi modul asas bagi sebuah gerakan Islam di bumi mana pun ia beroperasi . Pelbagai mekanisma dicipta untuk melahirkan erti persahabatan yang utuh dikalangan anggota jamaah . Tamrin , mukhayyam , usrah dan liqa' fikri antara aktiviti tradisi yang diwarisi oleh jamaah sejak berzaman untuk mengekalkan tahap persahabatan yang utuh demi mewujudkan jamaah yang perkasa .

Kita juga biasa dengan istilah dengar dan taat , baiah , wala' , ukhuwwah , thiqah , husnu zon dan sebagainya dalam pelbagai medium pengisian dalaman ke arah pemantapan komitmen ahli dengan amal jamaei . Segala istilah itu juga merupakan tradisi soleh yang kita warisi dari generasi sebelumnya guna mengukuhkan persahabatan antara anggota jamaah dan memastikan perjuangan yang kita dokong ini terus kuat dan gagah meredah cabaran serta menyerap tekanan .

Implikasi mudah bagi Perjuangan tanpa Persahabatan

Sebagaimana saya sebutkan tadi , saya juga percaya semua anggota memahami betapa jamaah yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organ parti . Antaranya :

1. Keputusan yang kedua akan dibuat atas keputusan pertama yang telah di binding oleh mesyuarat yang sah .

2. Wujudnya sub meeting . Mesyuarat dalam mesyuarat atau mesyuarat lepas mesyuarat malah lebih malang mesyuarat "kedua" atau mesyuarat di "luar" itu dibina atas dasar tidak puas hati dan tidak percaya kepada pimpinan dan sebahagian anggota mesyuarat yang lain .

3. Saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti . Lalu mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan pendokong jamaah . Salin tidak mempercayai .

4. Hilang wala' atau pudar ketaatan kepada pucuk pimpinan malah lebih parah apabila lahirnya kecenderungan untuk mentaati dan mempercayai pihak lain yang berada di luar jamaah .

5. Tikam belakang ! Cantas karier ! Bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik kononnya demi jamaah .

6. Multi jamaah dengan maksud boleh sahaja menyertai mana - mana jamaah kerana wala' tidak wajib kepada pimpinan jamaah kecuali hanyalah kepada Allah dan Rasul sahaja . Begitu juga baiah tidak ada untuk pimpinan jamaah sebaliknya baiah hanya untuk khalifah .

7. Pergeseran yang mudah mencederakan perasaan terhasil dari persaingan yang tidak sihat sesama sendiri .

8. Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku tajrih yang tidak wajar sesama anggota jamaah .

9. Berlepas harap dan tidak memberi komitmen yang baik terhadap aktiviti yang diamanahkan malah mudah merajuk serta kecewa kerana tidak berpuas hati dalam pembahagian tanggungjawab kepada anggota . Ianya adalah kesan dari rasa cemburu antara satu sama lain .

10. Mementingkan diri sendiri dan tidak peduli apa yang dialami oleh anggota yang lain biar pun ia satu keperluan yang mendesak . Terkadang jelas dapat dilihat sorotan matanya seperti memandang musuh kepada saudara sejamaah apa lagi ucapan terkadang berbau nista sesama sendiri . Jelasnya mudah berlaku perselisihan faham .

Bagaimana Mengukuhkan Persahabatan .

Persahabatan dapat di bina dan diperkukuhkan melalui aktiviti tradisi warisan generasi terdahulu dengan kepelbagaian pendekatan sesuai di era ini .

Semua anggota janganlah bersifat atau bersikap "kalis Tarbiyah" , khasnya pimpinan biarpun setinggi mana ia menjawat jawatan dalam jamaah . Semua peringkat jamaah mesti sedia kembali ke medan tarbiyah justeru ia suatu yang hidup dan senantiasa memerlukan persegaran merentas zaman .

Beri keutamaan kepada pemantapan wala' , syura , baiah ,taat dan semua prinsip amal Jamaei agar akhlak berjamaah dapat dipupuk .

Monday, February 9, 2009

Media Arus Perdana Tidak Lagi Relevan



Hari ini dan ketika saat ini , media arus perdana sudah tidak releven dan tidak lagi telus dalam melaporkan dan menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jangan fikir, rakyat mudah diperbodohkan. Jika dahulu, media arus perdana ini adalah suatu sumber yang boleh dipercayai, tapi kini tidak lagi. Ini kerana tindakan media yang melaporkan berita dan maklumat berteraskan nafsu dan kepentingan peribadi sesebuah pihak. Kupasan yang diberikan juga tidak tepat dan banyak penyelewengan.

Jika perhimpunan-perhimpunan penerangan Pakatan Rakyat kerap kali dikatakan haram dan tidak punyai permit, maka berilah peluang untuk PR juga menggunakan medium arus perdana ini sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Inilah demokrasi terpimpin yang dicanang UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Tetapi hakikatnya itu tidak dilaksakana secara jujur.Ibarat “cakap tidak serupa bikin”.

Maka hari ini blog-blog, laman web, berita online menjadi pilihan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan telus. Mahasiswa melihat perkara ini sebagai satu trend baru kepada politik semasa dan mencerminkan perubahan yang dimahukan oleh rakyat dengan lebih nyata, dengan kata lain media arus perdana sudah tidak relevan kepada mereka.

Kemunculan laman web Malaysia Kini, Harakah daily, TKO dan blog-blog persendirian kini menjadi pilihan kepada rakyat untuk mengetahui keadaan semasa rakyat. Begitu juga kini apa yang berlaku di Perak terus menjadi “indicator” atau penunjuk kepada kepercayaan rakyat kepada media. Media senantiasa memutar belitkan fakta, sedangkan apa yang berlaku tidak begitu. Jangan di suatu masa nanti rakyat akan berkata ‘ kami sudah menyampah dengan media arus perdana’…

ADLAN AKRAM B. MOHAMAD MAZUKI

PENGERUSI MULTIMEDIA,
UNIT PERHUBUNGAN DAN MEDIA BERSATU

Media Calarkan Proses Demokrasi


shahril

Maklum bahawa media memiliki kuasa propaganda dalam perlaksanaan demokrasi. Ini bermakna media massa berfungsi sebagai penyampai maklumat dengan menyajikan kegiatan-kegiatan dan perlakuan politik semasa yang penting dalam bentuk gambar dan komentar. Selain dari itu media massa juga berfungsi sebagai poll-takers (pengumpul pendapat) yang mana mengetengahkan tanggapan-tanggapan umum terhadap sesuatu persoalan. Walau bagaimanapun perihal media massa di malaysia, tidak menjalankan fungsi poll-takers tersebut tetapi lebih kepada tanggapan dan pendapat yang mempunyai kecenderungan terhadap sebelah pihak sahaja.

Memetik kata-kata Abraham Lincoln di dalam ucapannya berkenaan dengan demokrasi, beliu menyatakan bahawa demokrasi merupakan suatu pemerintahan “dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”. Kebebasan dan demokrasi merupakan dua perkara yang hampir sama tetapi tidak serupa. Demokrasi terbentuk melalui suatu proses dan prosedur yang panjang dalam sorotan sejarah yang berliku-liku. Dengan kata lain demokrasi adalah perlembagaan dari kebebasan.

Tocqueville dan Habermas pula menyatakan media adalah sebuah entiti penting dalam demokrasi. Atau secara lebih mendalam boleh kita katakan ia adalah entiti penting perlembagaan demokrasi. Melalui hasil penelitian Tocqueville terhadap proses demokrasi di Amerika beliau menyimpulkan bahawa media massa adalah penghubung antara empat faktor penting dalam demokrasi iaitu :

1.State (Negara)
2.Political Society (Masyarakat Politik)
3.Economics Society (Masyarakat Ekonomi)
4.Civil Society (Masyarakat Sivil)

Tocqueville seterusnya membuat kesimpulan bahawa sebuah demokrasi murni ialah apabila ke empat-empat eleman ini terpisah dan bebas dari pengaruh sebelah pihak. Maka media menjadi medium dan alat penghubung dalam perkembangan ke empat perkara tersebut.

Melihat kepada perkembangan media di Malaysia, ia masih jauh dari kemuncak demokrasi. Tidak kira melalui saluran televisyen, radio mahupun akhbar masing-masing mempunyai propaganda tersendiri dalam memutar belitkan kesahihan maklumat. Malah sogokan terhadap ungkapan ‘Malaysia sebuah negara demokrasi’ hanyalah streotaip semata-mata tanpa pemerhatian dan kajian yang mendalam. Kecemerlangan pemerintahan Pembangkang disembunyikan dan keburukan kecil di perhebah dan dibesar-besarkan.

Menyentuh soal demokrasi dan media di Malaysia, seorang pensyarah di bidang komunikasi dan media melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu menjadi renungan.

1.Kegagalan dalam pendidikan politik mengakibatkan masyarakat kurang memahami proses demokrasi.
2.Daripada kegagalan tersebut maka masyarakat tidak mempunyai pilihan yang lebih baik melainkan menerima apa sahaja yang disogok oleh media dan pemerintah.
3.Adanya masalah dalam perihal penguasaan institusi media.
4.Penguasaan tersebut menyebabkan media hilang fungsi sebenar dan tidak dapat mengukur sejauhmana keterlibatannya di dalam proses demokrasi.
5.Objektif media yang tidak jelas.

Jelas di sini menyatakan bahawa media sendiri telah menyalarkan amalan demokrasi yang ingin kita amalkan. Juga kita melihat penguasaan sebelah pihak terhadap institusi media telah mencarik kan lagi hasrat rakyat dalam menginginkan sebuah negara demokrasi.

Reaksi politik Perak yang diwar-warkan di dada akhbar, corong-corong radio dan saluran televisyen memugarkan lagi kebiadaban media mencalarkan proses demokrasi. Malah gembar-gembur penceritaan dalam memporak perandakan pemerintahan pakatan rakyat sudah mula dirancang dan dipamerkan selepas kemenangan pakatan rakyat menakluki 5 buah negeri. Ini terbukti apabila berita di saluran televisyen dan radio hanya fokus terhadap isu-isu yang melibatkan 5 buah negeri sahaja. Ia seolah-olah memperlihatkan bahawa tiada kecelaruan dan pengkhianatan di dalam pemerintahan Barisan Nasional di negeri lain.

Oleh kerana itu selaku gologan muda di peringkat mahasiswa tidak seharusnya mudah percaya dengan apa yang dipropagandakan oleh media arus perdana pada hari ini. Malah kita mempunyai sumber yang lain dalam mendapatkan maklumat yang lebih sahih. Berkenaan dengan suasana kecelaruan politik perak, beberapa blog yang boleh kita layari dalam mendapatkan informasi terkini :

1. http://perakdaily.com/
2. http://misabah.blogspot.com/
3. http://idhamlim.blogspot.com/
4. http://ajijoi.blogspot.com/
5. http://www.tranungkite.net/v8/

Permainan politik Perak hari ini juga seharusnya dijadikan suatu pengalaman dalam menyulusuri perjuangan di masa hadapan. Ketirisan proses demokrasi dalam media tidak dapat dimaafkan lagi. Oleh kerana itu kurangkan kepercayaan dan keyakinan terhadap media arus perdana. Jadilah penilai yang baik dan hukumlah dengan fakta dan data yang sahih.

SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
EXCO PERHUBUNGAN DAN MEDIA

Saturday, February 7, 2009

Kenyataan Presiden BERSATU Untuk Semua Mahasiswa



Kenyataan Presiden BERSATU Untuk Semua Mahasiswa



Enam sebab mengapa BERSATU PERAK membantah.

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.

5.“Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails