Monday, February 9, 2009

Media Arus Perdana Tidak Lagi Relevan



Hari ini dan ketika saat ini , media arus perdana sudah tidak releven dan tidak lagi telus dalam melaporkan dan menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jangan fikir, rakyat mudah diperbodohkan. Jika dahulu, media arus perdana ini adalah suatu sumber yang boleh dipercayai, tapi kini tidak lagi. Ini kerana tindakan media yang melaporkan berita dan maklumat berteraskan nafsu dan kepentingan peribadi sesebuah pihak. Kupasan yang diberikan juga tidak tepat dan banyak penyelewengan.

Jika perhimpunan-perhimpunan penerangan Pakatan Rakyat kerap kali dikatakan haram dan tidak punyai permit, maka berilah peluang untuk PR juga menggunakan medium arus perdana ini sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Inilah demokrasi terpimpin yang dicanang UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Tetapi hakikatnya itu tidak dilaksakana secara jujur.Ibarat “cakap tidak serupa bikin”.

Maka hari ini blog-blog, laman web, berita online menjadi pilihan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan telus. Mahasiswa melihat perkara ini sebagai satu trend baru kepada politik semasa dan mencerminkan perubahan yang dimahukan oleh rakyat dengan lebih nyata, dengan kata lain media arus perdana sudah tidak relevan kepada mereka.

Kemunculan laman web Malaysia Kini, Harakah daily, TKO dan blog-blog persendirian kini menjadi pilihan kepada rakyat untuk mengetahui keadaan semasa rakyat. Begitu juga kini apa yang berlaku di Perak terus menjadi “indicator” atau penunjuk kepada kepercayaan rakyat kepada media. Media senantiasa memutar belitkan fakta, sedangkan apa yang berlaku tidak begitu. Jangan di suatu masa nanti rakyat akan berkata ‘ kami sudah menyampah dengan media arus perdana’…

ADLAN AKRAM B. MOHAMAD MAZUKI

PENGERUSI MULTIMEDIA,
UNIT PERHUBUNGAN DAN MEDIA BERSATU

1 comment:

Mr. X said...

brader ni skang ni dah men politik plak..
wakakak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails