Monday, February 9, 2009

Media Calarkan Proses Demokrasi


shahril

Maklum bahawa media memiliki kuasa propaganda dalam perlaksanaan demokrasi. Ini bermakna media massa berfungsi sebagai penyampai maklumat dengan menyajikan kegiatan-kegiatan dan perlakuan politik semasa yang penting dalam bentuk gambar dan komentar. Selain dari itu media massa juga berfungsi sebagai poll-takers (pengumpul pendapat) yang mana mengetengahkan tanggapan-tanggapan umum terhadap sesuatu persoalan. Walau bagaimanapun perihal media massa di malaysia, tidak menjalankan fungsi poll-takers tersebut tetapi lebih kepada tanggapan dan pendapat yang mempunyai kecenderungan terhadap sebelah pihak sahaja.

Memetik kata-kata Abraham Lincoln di dalam ucapannya berkenaan dengan demokrasi, beliu menyatakan bahawa demokrasi merupakan suatu pemerintahan “dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”. Kebebasan dan demokrasi merupakan dua perkara yang hampir sama tetapi tidak serupa. Demokrasi terbentuk melalui suatu proses dan prosedur yang panjang dalam sorotan sejarah yang berliku-liku. Dengan kata lain demokrasi adalah perlembagaan dari kebebasan.

Tocqueville dan Habermas pula menyatakan media adalah sebuah entiti penting dalam demokrasi. Atau secara lebih mendalam boleh kita katakan ia adalah entiti penting perlembagaan demokrasi. Melalui hasil penelitian Tocqueville terhadap proses demokrasi di Amerika beliau menyimpulkan bahawa media massa adalah penghubung antara empat faktor penting dalam demokrasi iaitu :

1.State (Negara)
2.Political Society (Masyarakat Politik)
3.Economics Society (Masyarakat Ekonomi)
4.Civil Society (Masyarakat Sivil)

Tocqueville seterusnya membuat kesimpulan bahawa sebuah demokrasi murni ialah apabila ke empat-empat eleman ini terpisah dan bebas dari pengaruh sebelah pihak. Maka media menjadi medium dan alat penghubung dalam perkembangan ke empat perkara tersebut.

Melihat kepada perkembangan media di Malaysia, ia masih jauh dari kemuncak demokrasi. Tidak kira melalui saluran televisyen, radio mahupun akhbar masing-masing mempunyai propaganda tersendiri dalam memutar belitkan kesahihan maklumat. Malah sogokan terhadap ungkapan ‘Malaysia sebuah negara demokrasi’ hanyalah streotaip semata-mata tanpa pemerhatian dan kajian yang mendalam. Kecemerlangan pemerintahan Pembangkang disembunyikan dan keburukan kecil di perhebah dan dibesar-besarkan.

Menyentuh soal demokrasi dan media di Malaysia, seorang pensyarah di bidang komunikasi dan media melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu menjadi renungan.

1.Kegagalan dalam pendidikan politik mengakibatkan masyarakat kurang memahami proses demokrasi.
2.Daripada kegagalan tersebut maka masyarakat tidak mempunyai pilihan yang lebih baik melainkan menerima apa sahaja yang disogok oleh media dan pemerintah.
3.Adanya masalah dalam perihal penguasaan institusi media.
4.Penguasaan tersebut menyebabkan media hilang fungsi sebenar dan tidak dapat mengukur sejauhmana keterlibatannya di dalam proses demokrasi.
5.Objektif media yang tidak jelas.

Jelas di sini menyatakan bahawa media sendiri telah menyalarkan amalan demokrasi yang ingin kita amalkan. Juga kita melihat penguasaan sebelah pihak terhadap institusi media telah mencarik kan lagi hasrat rakyat dalam menginginkan sebuah negara demokrasi.

Reaksi politik Perak yang diwar-warkan di dada akhbar, corong-corong radio dan saluran televisyen memugarkan lagi kebiadaban media mencalarkan proses demokrasi. Malah gembar-gembur penceritaan dalam memporak perandakan pemerintahan pakatan rakyat sudah mula dirancang dan dipamerkan selepas kemenangan pakatan rakyat menakluki 5 buah negeri. Ini terbukti apabila berita di saluran televisyen dan radio hanya fokus terhadap isu-isu yang melibatkan 5 buah negeri sahaja. Ia seolah-olah memperlihatkan bahawa tiada kecelaruan dan pengkhianatan di dalam pemerintahan Barisan Nasional di negeri lain.

Oleh kerana itu selaku gologan muda di peringkat mahasiswa tidak seharusnya mudah percaya dengan apa yang dipropagandakan oleh media arus perdana pada hari ini. Malah kita mempunyai sumber yang lain dalam mendapatkan maklumat yang lebih sahih. Berkenaan dengan suasana kecelaruan politik perak, beberapa blog yang boleh kita layari dalam mendapatkan informasi terkini :

1. http://perakdaily.com/
2. http://misabah.blogspot.com/
3. http://idhamlim.blogspot.com/
4. http://ajijoi.blogspot.com/
5. http://www.tranungkite.net/v8/

Permainan politik Perak hari ini juga seharusnya dijadikan suatu pengalaman dalam menyulusuri perjuangan di masa hadapan. Ketirisan proses demokrasi dalam media tidak dapat dimaafkan lagi. Oleh kerana itu kurangkan kepercayaan dan keyakinan terhadap media arus perdana. Jadilah penilai yang baik dan hukumlah dengan fakta dan data yang sahih.

SHAHRIL NIZAM B. ZULKIPLI
EXCO PERHUBUNGAN DAN MEDIA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails